Thursday, October 22, 2015

JEREBU JEREBU JEREBU !!!!!



pasti kita semua sudah lali dengan bencana jerebu yang melanda negara kita sekarang ini..berikut adalah serba sedikit info mengenai jerebu... 

 





JEREBU???????


 Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Punca - Punca Jerebu Punca utama jerebu adalah akibat 
daripada :



 • Pembakaran Secara Terbuka 

• Asap Dari Kilang 
• Asap Dari Kenderaan 

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU!!!!




 

 APA ITU IPU ????

IPU atau nama penuhnya iaitu INDEKS PENCEMARAN UDARA diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Nilai IPU
Status
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

*Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.


JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA 

K
eadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1.     Kanak-kanak
2.     Orang tua
3.     Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4.     Perokok
5.     Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.




 Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
                                              

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

*Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda    mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.




http://www.youtube.com/watch?v=kMKLLBhN10E&feature+youtube_gdata_player

Wednesday, October 21, 2015

TIPS PENJAGAAN IKAN KELISA

 PENJAGAAN KELISA DI DALAM AKUARIUM
 
1. Jenis Tangki
Tangki empat segi merupakan jenis yang paling sesuai untuk memelihara arowana. Hal ini kerana jenis ini lebih sesuai dan mudah untuk ditempatkan di sudut ruang rumah. Tangki akuarium perlu dilengkapi dengan kaki yang kukuh untuk memastikannya tidak jatuh atau retak akibat kedudukan yang tidak stabil. Ketebalan kaca yang digunakan perlu cukup tebal dan melebihi ketebalan 1.5 cm. Mengambil kira tentang sifat arowana yang agresif dan sering menerjah ke arah cermin apabila terangsang, jenis kaca tempaan paling sesuai digunakan kerana ia lebih kukuh dan tahan hentakan.
 
2. Ruang Yang Selesa
Arowana perlu disediakan ruang yang mencukupi supaya ia merasai seolah-olah berada di habitat semula jadinya. Sekurang-kurangnya 110 liter air diperlukan untuk memelihara seekor arowana. Ukuran akuarium perlulah sekurang-kurangnya 100cm hingga 120cm dengan lebar dan ketinggian akuarium sekitar 40cm hingga 50cm.
 
3. Peralatan Yang Lengkap
Peralatan yang diperlukan bagi pemeliharaan arowana di dalam akuarium ialah tangkuk, baldi dan gayung, hos getah, tangki simpanan air dan tuala.
 
4. Penjagaan Akuarium
Memandangkan arowana sejenis ikan yang liar, persekitaran yang boleh memudahkan pergerakan ikan perlu disediakan. Akuarium tidak digalakan diletak di bawah pancaran terus cahaya matahari kerana ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Tangki pemeliharaan mestilah cukup besar untuk memudahkan ikan bergerak dengan bebas. Air di dalam akuarium perlu dijaga supaya sentiasa bersih dan kualitinya sesuai dengan keperluan arowana. Air perlu ditukar sebanyak 10% - 15% setiap minggu. Semasa menukar air, alga dan lain-lain partikel perlu dibersihkan.
 
5. Penapis
Bahan perkumuhan ikan perlu dibuang untuk mengelakkan air menjadi toksik. Bagi tujuan itu, penapis yang baik diperlukan. Pelbagai penapis boleh digunakan untuk menyingkirkan bahan buangan toksik itu. Penapis luar (external filter) sangat sesuai digunakan kerana ia mudah dibersihkan.
 
 
 
 
6. Pam Air
Pam air digunakan untuk mengalirkan air dari dalam tangki melalui penapis untuk proses pembersihan. Pam tenggelam (submercible pump) paling sesuai digunakan untuk pemeliharaan arowana.
 
7. Bahan Kimia

Bagi tujuan pemeliharaan arowana di dalam akuarium, penggunaan bahan-bahan kimia tidak digalakkan kerana penggunaan yang tidak mengikut peraturan akan menyebabkan kesan buruk, iaitu kematian akibat keracunan atau lebihan dos. Penggunaan antibiotik untuk ikan yang dijangkiti bakteria juga memerlukan nasihat daripada pakar. Bahan kimia yang dicadangkan ialah antiklorin untuk menyahkan klorin di dalam air. Penggunaan garam biasa (NaCl) untuk rawatan umum pelbagai jenis penyakit adalah digalakkan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang disarankan untuk rawatan semua jenis ikan air tawar tanpa mendatangkan akibat yang buruk.
https://www.youtube.com/watch?v=3tBosaIcte0

IKAN KELISA


Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Di negeri pantai timur Malaysia, ia dikenali sebagai ikan sarung golok. Agak aneh bunyinya. Mengapa ia dipanggil dengan nama sedemikian? Memang logik ia dipanggil dengan nama sedemikian kerana bentuk tubuhnya yang menyerupai sarung golok atau pun sarung parang. Pada tahun sekitar 1970-an, bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah di Taiping, Perak, ikan ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan  dibandingkan dengan ikan air tawar yang lain seperti lampam sungai, tembakang dan sebarau. Ikan kelisa dikatakan ditangkap dengan mudah dan banyak dari tasik ini dan sungai-sungai sekitarnya dan dijadikan juadah. Pada ketika itu, tiada sesiapa pun menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan juadah, suatu hari nanti akan menjadi simbol dan sumber kekayaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai jutaan ringgit. Pada masa kini, ikan arowana sering dikaitkan dengan simbol kemewahan dan kejayaan dalam kerjaya atau perniagaan seseorang jika dipelihara di dalam rumah atau diruang pejabat. Sebut sahaja arowana, orang akan mengetahui bahawa ikan hiasan ini dipelihara dalam akuarium oleh golongan berada kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit..........