Wednesday, October 21, 2015

IKAN KELISA


Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Di negeri pantai timur Malaysia, ia dikenali sebagai ikan sarung golok. Agak aneh bunyinya. Mengapa ia dipanggil dengan nama sedemikian? Memang logik ia dipanggil dengan nama sedemikian kerana bentuk tubuhnya yang menyerupai sarung golok atau pun sarung parang. Pada tahun sekitar 1970-an, bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah di Taiping, Perak, ikan ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan  dibandingkan dengan ikan air tawar yang lain seperti lampam sungai, tembakang dan sebarau. Ikan kelisa dikatakan ditangkap dengan mudah dan banyak dari tasik ini dan sungai-sungai sekitarnya dan dijadikan juadah. Pada ketika itu, tiada sesiapa pun menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan juadah, suatu hari nanti akan menjadi simbol dan sumber kekayaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai jutaan ringgit. Pada masa kini, ikan arowana sering dikaitkan dengan simbol kemewahan dan kejayaan dalam kerjaya atau perniagaan seseorang jika dipelihara di dalam rumah atau diruang pejabat. Sebut sahaja arowana, orang akan mengetahui bahawa ikan hiasan ini dipelihara dalam akuarium oleh golongan berada kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit..........

No comments:

Post a Comment