PENJAGAAN KELISA DI DALAM AKUARIUM
Tangki empat segi merupakan jenis yang paling sesuai untuk memelihara
arowana. Hal ini kerana jenis ini lebih sesuai dan mudah untuk
ditempatkan di sudut ruang rumah. Tangki akuarium perlu dilengkapi
dengan kaki yang kukuh untuk memastikannya tidak jatuh atau retak akibat
kedudukan yang tidak stabil. Ketebalan kaca yang digunakan perlu cukup
tebal dan melebihi ketebalan 1.5 cm. Mengambil kira tentang sifat
arowana yang agresif dan sering menerjah ke arah cermin apabila
terangsang, jenis kaca tempaan paling sesuai digunakan kerana ia lebih
kukuh dan tahan hentakan.
2. Ruang Yang Selesa
Arowana perlu disediakan ruang yang mencukupi supaya ia merasai
seolah-olah berada di habitat semula jadinya. Sekurang-kurangnya 110
liter air diperlukan untuk memelihara seekor arowana. Ukuran akuarium
perlulah sekurang-kurangnya 100cm hingga 120cm dengan lebar dan
ketinggian akuarium sekitar 40cm hingga 50cm.
Peralatan yang diperlukan bagi pemeliharaan arowana di dalam akuarium
ialah tangkuk, baldi dan gayung, hos getah, tangki simpanan air dan
tuala.
4. Penjagaan Akuarium
Memandangkan arowana sejenis ikan yang liar, persekitaran yang boleh
memudahkan pergerakan ikan perlu disediakan. Akuarium tidak digalakan
diletak di bawah pancaran terus cahaya matahari kerana ini akan
menggalakkan pertumbuhan kulat. Tangki pemeliharaan mestilah cukup besar
untuk memudahkan ikan bergerak dengan bebas. Air di dalam akuarium
perlu dijaga supaya sentiasa bersih dan kualitinya sesuai dengan
keperluan arowana. Air perlu ditukar sebanyak 10% - 15% setiap minggu.
Semasa menukar air, alga dan lain-lain partikel perlu dibersihkan.
Bahan perkumuhan ikan perlu dibuang untuk mengelakkan air menjadi
toksik. Bagi tujuan itu, penapis yang baik diperlukan. Pelbagai penapis
boleh digunakan untuk menyingkirkan bahan buangan toksik itu. Penapis
luar (external filter) sangat sesuai digunakan kerana ia mudah
dibersihkan.
6. Pam Air
Pam air digunakan untuk mengalirkan air dari dalam tangki melalui
penapis untuk proses pembersihan. Pam tenggelam (submercible pump)
paling sesuai digunakan untuk pemeliharaan arowana.
7. Bahan Kimia

brp harga ni
ReplyDeleteSAME DGN HARGE CIVIC FD....
ReplyDeleteNice blog and great info. Well done!
ReplyDeletenie bru biase2 je puan (^_^)
ReplyDeletehahahaha...boleh nmpk perbezaan komen puan kat situ....
ReplyDeletewaaaa....ikan arowana tu boleh makan ke?
ReplyDelete